? ??????????????Love Spats? ????? ?????? ???Rating: 3.6 (7 Ratings)??63 Grabs Today. 407 Total Grabs. ????
??Get the Code?? ?? ?????Love is a Death Threat? ????? ?????? ???Rating: 4.7 (6 Ratings)??63 Grabs Today. 4242 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Black? ????? ?????? ???Rating: 4.0 (748 CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

alat-alat muzik tradisional di Malaysia

Kordofon :-->

Jenis-jenis alat yang mana sifat serta sumber bunyinya terhasil daripada bahan "tali" yang diregangkan.
Contohnya : gambus,sape,rebab, sundatang


















Gambus
Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah. Ia mempunyai 12 tali tangsi. Badannya membujur bulat seakan-akan labu air dengan belakangnya yang melengkung. Lehernya ialah persambungan dari badannya. Ia dipetik sama seperti bermain gitar. Alat muzik ini digunakan dalam permainan Ghazal atau tarian Zapin dan untuk mengiringi nyanyian serta tarian Andai-Andai oleh orang Brunei di Sabah.

Gambus adalah sejenis alat tradisi dari Timur Tengah

Sape
Sape mempunyai empat utas tali. Pada masa dahulu, tali-tali sape diperbuat daripada rotan yang diraut halus. Kini, dawai-dawai halus pula digunakan sebagai tali sape kerana lebih mudah diperolehi dan bunyinya lebih mantap. Diperbuat daripada kayu. Badan sape berbentuk bujur dan panjang. Bahagian muka sape rata sahaja manakala bahagian belakang sape pula ditebuk sebagai kotak bunyi. Sape dimainkan dengan cara meribanya seperti gambus. Tali sape dipetik menggunakan jari. Kemudian jari tangan yang satu lagi menekan tali-tali pada batangnya. Melodi hanya dimainkan oleh satu tali sahaja. Tali yang tiga hanya menghasilkan dengung. Sape dimainkan untuk hiburan, mengiringi upacara berubat dan mengiringi persembahan tarian tradisional seperti ngajat.

Sape mempunyai empat utas tali

















Rebab
Merupakan alat muzik yang tertua di dalam sejarah permainan muzik tradisi Melayu. Ia dikenali juga dengan nama ?anak umbang? di kalangan bomoh-bomoh Melayu. Pada awalnya digunakan di dalam masyarakat Melayu sebagai alat perubatan tradisi yang disebut ?main peteri?. Gesekan rebab oleh pawang menjadi sebagai penawar kepada pesakit. Perubatan cara ini disokong oleh kekuatan jampi oleh pawang. Bentuk rebab dapat dibahagikan secara kasarnya kepada 3 bahagian iaitu pangkal, leher dan kepala. Ukuran tingginya antara 7.55sm hingga 8.5sm. terdapat nama-nama khususnya yang diberikan pada bahagian-bahagiannya. Digunakan juga sebagai alat untuk permainan muzik tradisi di samping menjadi alat penting di dalam permainan Mak Yong hinggakan dalam permainan tersebut terdapat satu babak dipermulaannya yang dikenali sebagai ?menghadap rebab?.














Merupakan alat muzik yang tertua di dalam sejarah permainan muzik tradisi Melayu.






Membranofon:-->



Jenis-jenis alat yang mana sifat serta sumber bunyinya terhasil daripada bahan "kulit" yang diregangkan.
Contohnya: gedombak, geduk, rebana, gendang, jidur.
















Gedombak
Adalah sejenis gendang berbentuk jambangan bunga. Bahagian mukanya besar dan dibalut dengan kulit kambing. Bahagian kecilnya dibiarkan berlubang. Alat muzik ini biasanya digunakan dalam kumpulan wayang kulit dan tarian tradisi.

Adalah sejenis gendang berbentuk jambangan bunga.















Geduk
Adalah sejenis gendang yang mempunyai dua muka. Muka geduk diperbuat daripada belulang lembu atau kerbau. Pada mulanya belulang diletakan pada badan geduk menggunakan perekat. Kemudian belulang itu dipancang dengan baji kayu atau besi. Badan geduk disebut temalang yang diperbuat daripada kayu keras seperti kayu nangka dan bentuknya agak cembung sedikit. Bahagian dalam temalang disebut lompang. Dua bilah buluh dipasang pada satu sisi temalang. Bilah-bilah tersebut lebih panjang daripada temalang dan berfungsi sebagai kaki. Dengan adanya kaki tersebut, geduk berdiri dengan mukanya sedikit serong bagi memudahkan pemain memalu muka geduk. Geduk dimainkan secara berpasangan iaitu pasangan geduk ibu dengan geduk anak bagi mengiringi persembahan wayang kulit dan menora.

Adalah sejenis gendang yang mempunyai dua muka.

















Rebana
Rebana adalah sejenis gendang satu muka yang berbentuk seperti pasu. Ianya sering digunakan dalam ensemble muzik sinkretik yang berkembang di kalangan masyarakat Melayu bandaran seperti Dondang Sayang, Joget, Inang, Masri, Zapin, Cinta Sayang dan Ayam Didik. Peranannya dalam ensemble adalah sebagai penyokong irama dengan pola-pola paluan yang dapat dikategorikan sebagai irama asas (basic) penambahan (additire) dan menyilang iaitu cross rythmn. Bahan ekustik seperti kayu, kulit kambing, rotan dan buluh digunakan untuk membuatnya. Baluh ataupun temalang bagi alat rebana lazimnya diperbuat daripada kayu nangka yang diakui dapat mempengaruhi peningkatan mutu suara sesebuah alat itu.

Rebana adalah sejenis gendang satu muka yang berbentuk seperti pasu.

















Gendang Silat
Sepasang gendang bulat besar, anak dan ibu. Temalang atau badannya diperbuat daripada kayu merbau dan kedua-duanya ditutup dengan kulit harimau. Kedua-dua gendang dipalu dengan tangan atau pemukul yang diperbuat daripada kayu merbau. Lilitan rotan halus diselitkan di antara tebing dan belulang untuk menetapkan ketegangannya.

Sepasang gendang bulat besar, anak dan ibu.















Erofon:-->
Jenis-jenis alat yang mana sifat serta sumber-sumber bunyinya terhasil melalui peniupan ataupun hembusan angin. Contoh : serunai, seruling, selumpit.
















Serunai
Serunai adalah sejenis alat muzik tradisi yang perlu ditiup apabila hendak membunyikannya. Alat tiupan ini mempunyai pipit berlapis-lapis. Pelidaknya sebanyak empat lapis diperbuat daripada daun lontar kering. Pemegang pipit ialah tiub-logam yang dipasang pada kemuncak badan serunai. Badan serunai diperbuat daripada kayu keras dalam bentuk kun dengan bahagian bawahnya berbentuk loceng. Badannya boleh diceraikan kepada tiga bahagian. Badan serunai mempunyai tujuh lubang memetik di belakang. Serunai digunakan untuk mengiringi wayang kulit, menora, gendang silat dan gendang keling.

Serunai adalah sejenis alat muzik tradisi yang perlu ditiup apabila hendak membunyikannya






















Idiofon :-->
Jenis-jenis alat yang mana bunyinya dapat dihasilkan secara spontan melalui kaedah-kaedah seperti laga, goyang dan ketukan mengikut keadaan dan bentuk semulajadi sesebuah alat itu.
Contohnya: gong, canang, kesi, bonang caklempong, mong dan kenung, angklung, seron, demung.
















Gong
Gong ini diperbuat daripada besi. Ada juga gong yang diperbuat daripada gangsa yang bercampur timah. Jenis gong yang biasa digunakan dipanggil tawak-tawak. Gong dimainkan dalam pelbagai persembahan muzik tradisi misalnya dalam persembahan Mak Yong. Mukanya satu sahaja dan di tengah mukanya dilekukkan daripada dalam serta membonjol keluar. Gong dimainkan secara dipalu dengan kayu berbalut getah dihujungnya dan bunyinya berdengung.

Gong ini diperbuat daripada besi.



















Canang
Canang diperbuat daripada perenggu atau loyang. Saiz canang kecil. Bahagian tepi canang melengkung ke dalam. Pada bahagian muka canang ada tombol kecil. Canang disusun di atas para khas dan dipalu. Pemalu canang diperbuat daripada kayu. Bahagian yang dipalu ialah bahagian tombol canang. Biasanya canang dimainkan secara berpasangan. Canang dimainkan untuk mengiringi persembahan wayang kulit dan wayang Melayu.

Canang diperbuat daripada perenggu atau loyang.

















kesi
sejenis alat idiofon dari keluarga ?simbal? yang dibentuk daripada kepingan tembaga. Bahagian tengah permukaannya kelihatan melengkung ke dalam. Berperanan sebagai alat pelengkap irama dalam ensemble paluan tradisional. Ianya disertakan dalam dua pasangan iaitu salah satu daripadanya dipaku pada tapak kayu secara kekal dan yang satu lagi dipasang dengan tali. Untuk menghasilkan bunyi, alat-alat tersebut dilagakan dengan menggunakan kaedah hentakan. Digunakan dalam ensemble paluan tradisional yang pada mulanya berkembang di negeri Kelantan seperti Wayang Kulit, Mak Yong dan Menora serta ensemble paluan untuk tarian tradisional seperti Asyik dan Wau Bulan.

Sejenis alat idiofon dari keluarga "simbal" yang dibentuk daripada kepingan tembaga.











Bonang Caklempong
Caklempong diperbuat daripada tembaga atau perunggu. Saiz caklempong kecil. Bentuk caklempong seperti periuk iaitu melengkung ke bawah. Muka caklempong licin. Pada bahagian tengah muka caklempong ada satu tombol kecil. Caklempong dimainkan dengan cara menyusunnya sebaris di atas para khas. Kemudian pemain duduk menghadap caklempong dan memalunya menggunakan sepasang kayu pemalu. Caklempong dimainkan untuk mengiringi pencak silat, tarian piring, tarian lilin, tarian inai, wayang kulit, menora, main puteri, mengarak pengantin, persembahan randai dan lagu-lagu tempatan. Kebiasaanya dimainkan oleh masyarakat Melayu di Perak dan Kelantan serta masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan.

Caklempong diperbuat daripada tembaga atau perunggu.





















Mong dan Kenung
Mong diperbuat daripada perunggu. Dimainkan dalam satu set yang diatur atas regangan tali-tali pada para khas. Pemalu berbalut digunakan untuk memalu tombol mong. Mong dimainkan oleh seorang pemain sahaja. Kebiasaannya mong dimainkan untuk mengiringi persembahan menora, wayang gedak, wayang Jawa dan gamelan. Masyarakat Melayu di Semenanjung terutamanya di Kelantan, Pahang, Johor dan Terengganu sering memainkannya dalam persembahan tertentu. Kenung diperbuat daripada perunggu. Bentuk kenung seperti periuk. Saiz kenung besar. Sisi muka kenung bertebing (meninggi). Di tengah-tengah muka kenung pula ada tombol. Diletakkan di atas rentangan tali pada para khas. Kemudian tombol kenung dipalu dengan pemalu yang berbalut. Kenung dimainkan oleh masyarakat Melayu di Pahang, Terengganu dan Johor bagi mengiringi persembahan gamelan.

Mong dan Kenung diperbuat daripada perunggu.















Angklung
Berasal dari Indonesia. Diperbuat daripada batang buluh yang berbeza-beza ukurannya antara satu dengan yang lain. Tiap-tiap satunya mempunyai pitch tertentu, terbuka pada satu hujung dan tertutup dengan adanya valve pada hujung lain. Dua atau tiga batang buluh dipasang pada satu bingkai yang juga diperbuat daripada buluh yang boleh bergerak bila bingkai tersebut digoyangkan. Untuk mengeluarkan bunyinya, seseorang itu perlu memegang bingkai angklung sambil menggoncang-goncangkannya. Angklung biasanya digunakan dalam kumpulan muzik.

Berasal dari Indonesia.

















MANGO SEASON IN JAPAN


A team of researchers from the the Faculty of Business Management has paved the way for the marketing of the succulent, mouth-watering Harumanis mango, a common enough fruit for Malaysians but unanimously considered exotic by connoisseurs of food worldwide.
Although the world market for tropical fruits is growing, Malaysia’s share in the overall international fruit trade is relatively insignificant. It has been widely established that Japan has the world’s second largest food service sector; its food market is three times greater than all other Asian food markets combined. Thus, Japan is a prime target for the export of fresh Malaysian fruits, presenting innumerable opportunities for enterprising exporters.
Building on this, the research team comprising of Faridah Hj Hassan, Rosidah Musa, Jamaliah Yusof and Jamaluddin Yahya, conducted a pioneering study to explore the export potential for Malaysian fresh tropical fruits in the Japanese market. Specifically, the research aims to gain richer insights into the legal regulations and administrative procedures of exporting fresh fruits into Japan; to examine implicitly the distribution system for imported fresh fruits; to assess the attitudes and taste preferences of Japanese consumers as well as their awareness and acceptance of Malaysian fruits in order to ascertain the potential export of Malaysian fruits to Japan.

TEMA HARI GURU

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara